Tuesday, 3 June 2014

CUPCAKE DOORGIFT

Promosi Cupcake untuk Majlis Perkahwinan 2014.

1. HelloCake Vanila Cupcake RM2/pc x 1000pcs
   Percuma 30pcs VIP HelloCake Chocolate Moist
   Cupcake
   Percuma 30pcs VIP HelloCake Red  
   Velvet Cupcake

Sesiapa yang berminat sila hubungi 013-2743015 HelloCake Ana
Tempahan kenduri, majlis pertunangan juga dialu-alukan.

KETERUJAAN SPORT CAR

Bilalah kita dapat merasa naik kereta mewah ni kan Yien..

Sunday, 18 May 2014

RINDU

Masih dalam mood rindukan Yien...
YaAllah kekalkan rasa kasih sayang dan ikatan persahabatanku dunia dan akhirat bersama semua sahabat2ku terutama Yien dan Mr M.

Semoga ada petunjuk kepada temanku yang lain agar membuang rasa sangsi dan benci diantara satu sama lain...Allah Maha Besar perkenankanlah. Amiin.

Thursday, 15 May 2014

SESUATU YANG TIDAK DISANGKA

Salam kasih buat sahabat yang juga teman dikala susah senang dalam melewati perjalanan hidupku lebihkurang tiga tahun.

Biarpun tanpa ku sedari dirimu sebenarnya hanya dipinjamkan oleh Allah setelah aku kehilangan sementara sahabat baikku sebelum ini yang kini menjadi pendidik.

Namun apakan daya biarpun ramai sahabat sejati ia tetap tidak dapat menandingi "chemistry" kita...keakraban...saling memahami...baik hati dll.

Momen indah kita bersarapan bersama, keluar lunch, ambil dan hantar ketempat kerja untuk pulang kerumah begitu sebaliknya, Friday lunch pasti kita akan ke Tesco, Giant, Gym dan kita tidak berkesempatan untuk ke Bangi Gateway.

Kita masih mengumpul patung2 comel dari Mc D, KFC, Marry Brown dsb. Kita keluar bersama namun kini rutin hidup kita berubah. Itu semua tinggal kenangan.

Kini hampir seminggu dikau mencipta suasana kerja baharu, semoga berjaya dan terus berbakti kepada masyarakat di hospital sana.

Cuma aku sedikit pilu bila melalui tempat2 yang kita singgah satu group dahulu kini sepi tanpa usikan dan kenakalan kita.

Semoga Allah terus menyatukan hati kita...entah mengapa hatiku sayu dan pilu dan airmata ini pasti tumpah tanpa kusedari hari demi hari...

Mungkin adakah sahabat sejati untukku lagi? hanya Allah yang tahu...

Salam rindu.

÷ Dedikasi untuk sahabatku SNSI dan NLAKB.

Wednesday, 5 February 2014

Dapur Tulip 1: RAINBOW CAKE (Tested)

RAINBOW CAKE

Bahan2:
375g tepung gandum (ayak 3 kali)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
227g Mentega
225g Gula Kastor
5 biji telur B
2 sdk esen vanila
350ml cawan susu cair
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

Cara:
1. Ayakkan tepung, baking powder & garam. Ketepikan.
2. Pukul butter & gula sampai kembang & gebu2 .
3. Masukkan telur pukul lagi sampai sebati & gebu .
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
6. Kemudian bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarna yang berlainan. Kacau hingga sebati.
7. Bakar satu per satu guna loyang 8" bakar pada suhu 170C/ 180 C dlm 10 @ 15 minit. Sejukkan.


KRIM KEJU
Bahan :
500g whipping cream
250g cream Cheese
60g gula halus
110g Mentega
sedikit esen vanilla

Cara :
Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan tetapi sekejap sahaja.